Saturday, December 17, 2011

Kem Solat & Mentaati Ibu Bapa

Tarikh : 13-15 Disember 2011
Tempoh : 3 hari 2 malam
Tempat : Masjid Sultanah Bahiyah
Peserta: 7-15 tahun




Longgokan Sampah di TTS

Sampah menyakitkan mata di Taman Tunku Sarina. Heran, lori sampah datang kutip sampah depan rumah tapi ada warga minda low class yang buang sampah merata-rata. Belajar sivik tapi tak ada sivik minded. Macamana nak didik anak-anak mengamalkan kebersihan?







Ubah suai rumah pun buang melonggok di sini. Tak ada otak langsung!

Tuesday, November 1, 2011

Wati Homemate Chocolate

Seronok tengok kawan-kawan produktif berniaga..
http://waticoklat.blogspot.com/





Saturday, October 1, 2011

Lawatan Terengganu Kelantan

Program Pasca UPSR
29 September 2011 - 01 Oktober 2011






Saturday, September 24, 2011

Saya Anak Malaysia: Jejak Mahsuri

Projek Kewarganegaraan & Pasca UPSR Tahun 6
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
22 & 23 September 2011







Monday, August 1, 2011

Ramadan Mubarak

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, ‘Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.’
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.’ (H.R Ahmad)

Friday, July 29, 2011

Kembara Langkawi

Projek Kewarganegaraan Tahun 5
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
29 & 30 Julai 2011




Saturday, June 11, 2011

Merlin Season 3

Cerita Lucu Burung Kakak Tua

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..Si isteri bertanya..pada si suami.." Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"Suami menjawab.." Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."Suaminya mengangkat tangan kiri dan memetik jarinya..burung itu terus menyanyi lagu POP..Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..Si isteri pun suka dan bertanya.." Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata..." SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Guru Penjana Transformasi Negara

Saturday, May 7, 2011

Thursday, April 28, 2011

Comelnya Kucing

Daripada Abdullah bin Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Ada seorang perempuan disiksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga kucing itu mati. Wanita itu masuk ke dalam neraka. Dia tidak memberi makanan dan minuman ketika ia mengurung kucing itu. Dia juga tidak suka melepaskan kucing itu untuk bebas memakan serangga kecil yang melata di bumi” (HR Bukhari dan Muslim)












Friday, April 22, 2011

Adab Bercakap

ADAB BERCAKAP

Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".


  • Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.

  • Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelak-kan timbulnya keraguan dan salah faham.

  • Jika seorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis bincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

  • Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

  • Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

  • Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama.

  • Jangan bercakap secara berkumam mulut.

  • Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.

  • Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka.

  • Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

  • Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.


Friday, April 8, 2011

Sisa tsunami terapung di Pasifik


SEBUAH rumah warga Jepun terapung di Lautan Pasifik.



HELIKOPTER pasukan keselamatan Jepun lalu dekat sampah kesan tsunami di perairan bandar Kesennuma di timur laut negara itu.Sampah kereta, rumah dan mangsa ombak gergasi menuju Pantai Barat ASTOKYO: Sisa kemusnahan yang dihanyutkan ke laut berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun dilaporkan terapung di Lautan Pasifik dan boleh sampai ke Pantai Barat Amerika Syarikat.

Ada laporan menyebut, ada kereta, traktor, kapal yang karam malah seluruh bangunan rumah terapung di laut.Lebih memeranjatkan ialah ramalan pakar laut Amerika, Curtis Ebbesmeyer yang percaya kaki manusia lengkap berkasut turut dihanyutkan ke Pantai Barat Amerika dalam masa tiga tahun.


“Saya meramalkan rumah, bot dan kaki yang masih memakai kasut kini terapung,” kata Ebbesmeyer yang menghabiskan masa selama berdekad menjejaki barangan terapung.


Beberapa ribu mayat dihanyutkan ke laut berikutan bencana terbabit dan ketika kebanyakan anggota badan akan putus dan pecah dalam air, kaki yang masih berkasut akan meneruskan perjalanan, kata Ebbesmeyer. “Saya menjangkakan sesuatu yang tidak disangka,” katanya.


Krew Armada Tentera Laut ke-7 Amerika yang menemui sampah luar biasa yang terapung mengakui tidak pernah melihat sesuatu seperti ini dan memberi amaran ia memberi ancaman kepada kapal.


“Sampah ini memberi masalah kepada kapal yang cuba lalu kerana kebanyakan bot menggunakan kipas selain pukat dan ia boleh menjadi mengancam pihak yang cuba menanganinya,” kata Ensign Vernon Dennis kepada ABC News.

“Jadi berhadapan dengan halangan ini sebenarnya boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan jika kapal anda terkandas ketika melintasinya.”

Saintis berkata, longgokan sampah pertama dari Jepun dijangka tiba di pantai barat Amerika dalam masa setahun selepas dibawa arus ke arah Washington, Oregon dan California.

Ia kemudian akan ke Hawaii dan balik semula ke Asia dalam apa yang dikenali sebagai putaran Pasifik Utara, kata Ebbesmeyer yang menemui kasut Nike, mainan mandian plastik dan sarung tangan hoki dari kapal kargo Asia serta menjejaki sampah lebih besar bergerak ke seluruh Pasifik dari Jepun.Beliau bergantung pada ribuan pengunjung pantai untuk melaporkan lokasi dan maklumat lengkap apa yang ditemui.

“Bayangkan keadaan jika anda letak bandar utama dalam pengisar sampah dan taburkan sisanya ke laut,” katanya.

Sebahagian sampah yang sampai di Pantai Barat juga mungkin mengandungi radioaktif berikutan kerosakan loji nuklear Jepun, kata James Hevezi, pengerusi Suruhanjaya Kolej Radiologi Amerika Syarikat mengenai Perubatan Fizikal.

“Tetapi, ia mungkin berisiko rendah,” kata Hevezi. “Jumlah dalam barangan ketika itu mungkin tiba di Pantai Barat dengan kadar yang amat minimum.”Hanya sebahagian kecil sampah akan dihanyutkan ke laut dan bagaimana cepat ia sampai ke sana dan di mana ia mendarat bergantung kepada apungan, bahan dan faktor lain. – Agensi


Friday, January 21, 2011

Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru - Muhyiddin

ARKIB : 01/04/2010
Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.

"Saya sudah arahkan jawatankuasa itu nanti mengenalpasti bagaimana masalah (bebanan tugas) itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari kita untuk dicontohi," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom. Menurut beliau, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan keanggotaannya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.

Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru, Muhyiddin berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa.

"NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap Sabtu, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan disebabkan guru terbabit terlibat dengan banyak aktiviti.

"Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana kita tidak mahu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

"Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru. Sebab itu, kementerian menubuhkan jawatankuasa ini, tidak lain tidak bukan untuk mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru,"katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...