Friday, June 1, 2012

Kunci Kebahagiaan


Adab Berguru

ADAB BERGURU OLEH IMAM AL-GHAZALI

  • Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam.
  • Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  • Jangan bercakap sebelum guru bertanya.
  • Jangan bertanya sebelum meminta izin dan dizinkan.
  • Jangan menyangkal (tunjuk rasa tidak puas hati) terhadap guru.
  • Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya.
  • Jangan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar.
  • Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan (bermain) di hadapan guru.
  • Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih.
  • Apabila guru berdiri hendaklah kita berdiri sebagai menghormatinya.
  • Jangan mengikuti guru dengan pelbagai pertanyaan setelah guru meninggalkan majlis.
  • Jangan bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
  • Jangan bersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru.

ADAB BERGURU MENURUT PANDANGAN LAIN

  • Jangan mengumpat, memfitnah, menipu atau bermusuhan dengan guru.
  • Jangan main SMS atau telefon ketika guru mengajar.
  • Jangan bersikap sombong terhadap guru yang tidak mengajar kita dan setelah guru itu tidak lagi mengajar kita.
  • Jangan pukul guru atau upah kawan, datuk, ayah, emak pukul guru.
  • Jangan engkar permintaan atau suruhan guru selagi permintaan itu tidak menyalahi syariat agama, undang-undang dan tatasusila.
  • Sentiasa berbudi kepada guru dan menyenangkan hati guru.
  • Ziarahi guru ketika dia sakit atau di timpa musibah.
  • Sentiasa mendoakan guru dirahmati Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...